CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 2, 2008


Ajid's





Ajid's

Monday, September 22, 2008

BOSAN!!!

agak bosan juga duduk rumah n duit poket x masyuk pun...
diri ku yang x reti dok diam nie membuatkan aku berusaha untuk cari punca duit gak....
yang penting halal...

so hari nie tanggal 22 September 2008
aku jadi guru ganti kat sebuah sekolah di daerah tmpat aku tinggal...
mcm biasa msk tmpt baru agak janggal la sbb nak sesuaikan diri tp alhamdulillah aku terjumpa senior aku semasa sekolah menengah dulu jd aku x lah kekok...

kehadiran ku di sambut dengan baik dan dialu-alukan... aku x tahu kenapa... tp ape yang ku dgr... jd guru ganti sekolah rendah nie gaji pakai SPM je tp sek menengah gaji pakai degree... tu yang ramai x nak ngajar di sekolah rendah...

wang ringgit bukan jadi ukuran... cukuplah untuk menampung hidup ku ini sebelum aku kembali ke arena kerjaya yang sebenar disamping dapat menimba pengalaman di tempat baru.....

aku rindukan murid-murid ku di sekolah... aku pergi ke sekolah pada 19/9/08 lalu.. kehadiran ku disambut dengan kegembiraan dan tangisan anak murid yang rindukan cikgunya... hatiku sebak namun ku tahan jua... aku kesian kepada anak murid ku kerana tiada siapa yang nak mengajar mereka... namun apa kan daya... ku x mampu untuk mengajar kerana tidak mempunyai kebenaran untuk mengajar mereka... aku redha je dengan masalah yang aku hadapi ini.... bersabar la rakan-rakan ku yer... bulan 11 atau awal tahun depan baru dapat bertugas semula... mendidik anak bangsa yang berguna untuk agama, bangsa dan negara... Insyaallah
jadi buatlah aktiviti atau kerje yang berfaedah.... paling elok dan afdal luangkan masa dengan family... kerana 1thn 1/2bulan x dpat spent masa dengan family....

biarpun kita ada masalah... kita kena tenang dan sentiasa senyum2 selalu.... smile always....=)

Saturday, September 20, 2008

KeNaNGaN TeRiNDAh

kenangan bersama kwn2 mmg x dpt dilupakan sewaktu berkursus tuk program KPLI-SR LPBS Prasekolah & Pendidikan Khas....


Shah member bilik ku.... susah senang bersama dia suka duka pun bersama dia...
marzuki rakan kelas banyak melancarkan kerje group serta berkongsi suka dan duka bersama ku
faisal penuh berkeliber dan penuh humor slumber dalam diri.


ha... abang tommy tomoi kita si rozaimi... daya penarik di dalam kelas ku.... mula2 kenal slow jer bila dah kenal... perangai subhanallah....


dan member yang lain tidak lupa juga... bg kerjasama yang bagus antara 1 sama lain....

terima kasih semua... panjang umur kita jumpa lagi... nnti ku cuba set waktu tuk kita berjumpa lagi...

BTN dah abis

dah selesai dah KISSM... trs g BTN..... walaupun gi kat dala negeri aku jer tp x jadi masalah tuk aku... walaupun teringin kursus keluar dari sini....

kenangan bersama kawan2 x dpt dilupakan...

KeNaNGan kU

Tanggal 7 September 2008







aku bersama geng aku Faisal, Marzuki and Feroz pergi ronda KL.... aku bawa lah kita... aku menjadi tourist guide la pada kwn2 ku ini... maklum la dalam kami b4 aku lah tau selok-belok jalan KL padahal aku x terror sgt pun....;p huhuhuhu... cuma yang wat aku terror pun ssb guna instict aku jer... dalam hidup nie klu kita x berani mmg x jadinya benda yang kita wat.... mmg seronok dapat berjalan bersama geng2 nie..






pagi tu aku yang bersemangat nak gi... geng lain ngantuk maybe sbb tido lewat kot... tp aku ok jer... pg tu bila dah siap2 tunggu la kwn aku yang lagi sorang nie... x pyh la sebut nama dia.. nanti mengaibkan namanya..... punya la tunggu dkt 30 minit kat bwh, sampai faisal and marzuki test drive keta aku la... sedang test dive keta aku... rupaya ada orang dok perhati kami dari atas rupanya akak Juzaidah dok perhati kami...






Oleh kerana dah lama sgt tunggu... kwn aku si Feroz call la mamat nie.... mmg bulan puasa di bula Ramadhan nie betul2 uji kesabaran.... jwpn yang diberi membuat jiwa aku jadi panas... mujur aku masih waras.... dia ckp dia x ckp pun nak ikut kami gi.... pada hal masa aku sahur bersama dia... dia siap ckp kat aku klu nak gerak bg tau dia.... masa tu hanya ALLAH saja yang tahu perasaan ku ini....






biarlah dia dengan perangai buruk dia tu.... kami teruskan perjalanan kami ke Plaza Low Yat... aku nak beli barang tuk notebook aku dan brg yang kwn2 aku tempah pada ku..... aku beli la suma brg tu... tiba2 sedang aku beli tu tiba2 badan ku ditepuk oleh seseorang.... aku pelik la sapa tepuk aku.... niat nak marah la tetapi bila ku toleh je rupanya lecturer aku yang ajar seni kat IPBMM en. Sallehuddin tepuk aku... mmg sah la sangkaan aku selama ni yang dia minat pasal komputer sbb masa di dalam kelas dia asyik tanya pasal komputer... then aku teruska perjalanan ku ke SOGO... masa tu azab la pada sape2 yang bawa keta manual... jem tahap tertinggi la. mujur bulan puasa... klu x mmg aku sapu jem tu kat roti and mkn roti tu... huhuhuhu... tapi aku dah biasa dengan jem nie so xde masalah la walaupun kaki sedikit kebas..... 2 kali aku berulang di jalan TAR sbb parking keta xde tp akhirya jumpa juga aku....






kami gi SOGO... si Feroz punya la bersemangat sbb dia nak beli barang2 yang di gila kan... jenama Padini, Maldini, Velantino, Pirlo, Gattuso, Pato dan sewaktu dengannya la.. taksub sgt dengan brg keluaran Itali sampai bila kutuk pasal team AC Milan dan Itali pun dia jadi panas... feroz2.... dia pilih barang je mcm perempuan... lama sgt... tp xpe tu hak dia sbagai pmbeli nak kepuasan... maklum la trn KL pas nie mungkin susah dah so nie la masa yang sesuai geng2 aku nak membeli belah... sdg ku tunggu feroz tanpa di sangka pandangan ku tertumpu pada seseorang..... aku terserempak dengan seseorang yang aku x sangka leh jumpa dia kembali... adik angkat aku semasa aku belajar kat UNISEL dulu muncul kembali.... punya lah girang masing2.. sbb dah lama x berhubung dgn dia akhirnya jumpa blk... dia masih x berubah dengan perangai slumber dia... tp takziahku ucap pada dia... dia baru putus tunang kerana tunang nya terlibat dalam kemalangan jalan raya...






waktu berbuka dah nak sampai tp feroz masih lagi memilih pakaian dia... aku memberi isyarat pada dia supaya cepat.... tapi paling mencuit hati dengan feroz nie sewaktu membayar di kaunter... bila tinggal 1 turn lagi tuk dia bayar. dia dah siap2 kuarkan duit letak kat kaunter... aku n marzuki punya la segan terus pergi dari situ n tergelak2....






kami terus bergerak ke Jalan Masjid India tuk membeli juadah berbuka.... sedang berjalan tu Feroz x habis2 cite pasal jenama pakaiaan yang dia beli.... dia bckp tu mcm 1 masjid india tu dia yang punya.... kami pun beli lah juadah berbuka... x sempat nak cari tempat yang sesuai aku dan geng berbuka di kaki lima bersama umat islam yang lain... masa tu teringat aku pada orang miskin yang x cukup makan... betapa bersyukur diriku ini kerana walaupun makan di kali lima namun aku masih dapat makan walaupun alas perut saje... mmg pengalaman yang menyeronokka la...








pas jer berbuka.. kai nak bersolat dulu si marzuki terjumpa 1 kereta lalu menyuruh aku ambil gambar dia kat keta tu.... so aku pun tolong la dia... nie dia pic keta tu





pastu kami terus blk IPBMM... sebelum tu singgah makan kat pantai dalam... makan bersama k.ju n k.nani.... makan tom yam... pergh.... rasanya le terangkat aku..... mmg sedap... alhamdulillah....



mmg seronok kuar dengan kwn2 nie... mcm2 kerenah kita le tgk pasal kwn kita nie.....


so dalam hidup mesti berkwn k.... Kita Enjoy.... =)

Sunday, September 7, 2008

Menyemai sifat positif pelajar

Bersopan dan Menghormati

Menghargai dan berterima kasih

Selalu senyum dan ceria

Semangat kecintaan

Bermula daripada guru

Perihatin
Mesra
Mengasihani orang lain

Esok baru cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang... ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".


MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu

Bomoh ungkai misteri Nur

Perasaan hasad dengki merupakan salah satu sikap yang biasa kita dapati dalam diri seseorang. Sikap dengki yang keterlaluan terhadap seseorang adakalanya menyebabkan seseorang bertindak di luar batas etika perikemanusiaan sehingga sanggup mengenakan orang yang didengki dengan pelbagai cara buruk seperti santau dan lain-lain. Ini mengingatkan aku kepada satu cerita yang telah diceritakan oleh officemate aku baru-baru ini.

Nur, seorang eksekutif muda di salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telahpun berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri kira-kira setahun lebih yang lalu. Pada mulanya semuanya berjalan dengan lancar, kehidupan mereka suami isteri memang bahagia. Kebahagiaan ini ditambah pula dengan kehidupannya yang selesa, maklumlah kerja eksekutif, gaji pun boleh tahan besar, walaupun suaminya hanya seorang kerani sahaja.

Namun langit tidak selalunya cerah, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Kehidupan bahagia yang mereka kecapi mulai terganggu ketika usia perkahwinan mereka genap setahun berikutan malang yang menimpa Nur. Entah apa sebabnya kerjanya sebagai eksekutif selalu terganggu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jarang sekali Nur sakit, malah batuk pun sangat jarang dihidapinya mungkin kerana dirinya yang rajin bersenam menjadikan antibodinya kuat melawan penyakit.

Namun penyakit yang mengganggunya kini memang betul-betul menyukarkan kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit tersebut, kerjanya yang banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di tempat kerja ke rumah. Ini secara tidak langsung menyebabkan rumahtangganya bergolak. Nur sering mengadu sakit kepala terasa seperti berpusing-pusing dan berdenyut-denyut sakitnya. Malah ada masanya ketika sedang sibuk mengadap komputer kepalanya terasa berat dan pandangannya berpinar-pinar.Bukan itu sahaja Nur juga sering muntah-muntah dan tekaknya sering merasa loya, malahan selera makannya juga sangat pelik.

Kadangkala Nur tiada langsung selera makan, tetapi ada masanya Nur makan terlalu banyak seolah-olah ada sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama! Keganjilan selera makan Nur sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai seafood tiba-tiba berubah sikap menjadi seseorang yang sangat sukakan seafood. Hari demi hari penyakit Nur bertambah teruk bila sikapnya yang periang dan baikhati berubah kepada seseorang yang sering marah-marah. Selain itu, Nur juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan dirinya gelisah terutama pada waktu malam. Rakan-rakan sepejabatnya mulai syak yang Nur terkena buatan orang lantas mengesyorkan suami Nur supaya membawa Nur berjumpa bomoh.

Namun suaminya berkeras mengatakan yang Nur tiada apa-apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Nur yang berdegil tidak mahu membawa Nur pergi berubat amat mengejutkan rakan-rakan sepejabatnya. Di atas rasa simpati, rakan-rakan sepejabat Nur sepakat untuk membawa Nur berjumpa bomoh tanpa pengetahuan suami Nur. Dan jangkaan mereka tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang Nur terkena buatan orang! Namun hajat mereka agar bomoh tersebut dapat membantu Nur tidak kesampaian apabila bomoh tersebut mengatakan ianya sudah terlambat, Nur tidak dapat diubati lagi.

Walaupun bomoh tersebut tidak dapat mengubati Nur tetapi dia dapat memberitahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Nur jadi begitu. Apa yang memeranjatkan rakan sepejabat Nur adalah apabila bomoh tersebut mengatakan suami Nur sendiri yang menyebabkannya jadi begitu. Kini persoalan mereka mengapa suami Nur berkeras tidak mahu membawa Nur berubat terjawab sudah. Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Nur sanggup melakukan perkara tersebut ke atas isterinya sendiri? Memandangkan bomoh yang mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Nur mengambil keputusan untuk cuba membawa Nur ke hospital pula. Di hospital, mereka menerima satu lagi kejutan apabila doktor yang merawat Nur turut mengesahkan Nur terkena buatan suaminya sendiri. Mana mungkin rawatan moden juga memberikan jawapan tersebut. Tapi yelah... memanglah Nur terkena buatan orang, dia disahkan mengandung 2 bulan!... betullah terkena buatan suami sendiri heh... heh. he he

Wednesday, September 3, 2008

Tumpukan perhatian semasa belajar

Walau pun cerita ni nampak macam lawak, ada pengajaran dalam cerita ini.

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor”, kata pensyarah itu.

“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”, katanya…sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….

“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk… ..

SEKARANG…..TUMPUKAN PERHATIAN….PAHAM!!!!

Faedah Wuduk Dari Sudut Kesihatan

Faedah Wuduk Dari Sudut Kesihatan

1)Mengembalikan kecerdasan badan dan akal, menggerakkan hati dan memperkuatkan pergerakan pernafasan.


2)Badan yang sihat dari jiwa yang tenteram. Orang yang mengekalkan wuduk berjiwa tenteram, tidak mudah marah. Dengannya menjauhkan dia daripada sebarang penyakit kerana penyakit berpunca daripada perut ( hati ).


3)Dengan menyedut air bersih ke dalam hidung, ia dapat membersihkan lubang hidung yang menjadi laluan pernafasan. Ia penting untuk mengelak daripada jangkitan kuman.


4)Membasuh muka, telinga dan tangan boleh mengelakkan seseorang itu daripada sebarang penyekit kulit atau penyakit yang dibawa oleh bakteria.


5)Sentiasa bersih dalam wuduk akan mencerahkan dan memudahkan menghafaz.

Wallahualam...

Sunday, August 31, 2008

MerDEka

Alhamdulillah kita telah menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51.... tahun ini disambut ala kadar sahaja kerana esoknya insyaallah umat islam akan menjalani ibadah puasa... aku n geng kat maktab pun juz sambut di hostel jer.... tgk jer bunga api dr juah.... pape pun i'm proud to be MALAYSIAN



LOVE PEACE NOT WAR

PuASa oH pUasA

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad,apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Thursday, August 28, 2008

KISSM oh KISSM

exam dah sudah... skrg dengar ceramah tuk KISSM lak.... aku tgk kwn2 aku kuyu jer sampai ada yang tertido la... kesian sbb letih kot ke boring dgr lecture je...

tgk nie la kwn2 aku wat masa KISSM







ni lak aku yang tgh khusyuk mendengar ceramah... poyo jer.....


p/s: Amaran jgn tido ketika ceramah kerana anda sedang diperhatikan hihihihihi...

Wednesday, August 27, 2008

cantik, menarik kau memang ehem... (3)

bersambung lagi kita...

maaf la yer lmbt update coz hari tu tgh study tuk exam... so study had la katanya.... poyo la....

mlm pas kembara dan water confident nie mula la sesi provoke2... masa nie lah kwn2 aku kena psiko dengan fasilitator... aku n geng2 aku dh tau wat bodo jer la..

hari ketiga lak... aktiviti sukaneka lak..... aku main isi air dalam botol kat kolam... kumpulan aku menang la pe lagi..... dengan menggunakan teknik helah amik air kolam byk2 isi dalam kolam...huhuhu....

mlm nya aktiviti kebudayaan masa nie la bakat2 terpendam aku dan kwn2 aku berlakon, bersajak, menari dan sewaktu dengannya....

last day suma pun berkemas balik, aku kena wat refleksi on behave kelas aku....
sampai jer maktab suma dah terasa letih gila.... sampai ada yang flat screen la...

gitu la kisah.... gi BIG

Wednesday, July 16, 2008

cantik, menarik kau memang ehem... (2)

sepanjang 4 hari 3 malam banyak kenangannya..


bertemu lagi.....

ni kisah mlm ice breaking lak...

masa tu masing2 akan kenal kwn2 x kira 1 negeri, 1 minat, 1 mknn dan sewaktu dengannya la...

paling tidak aku lupa bila wakil setiap kumpulan gi dpn n wat suara binatang....
mcm2 bunyi kuar.... dan paling best bila aku pun terkena gak... kuar la suara ayam jantan...... hahahahahaha.... tergelak semua dengar suara aku yang seakan2 ayam jantan sedang berkokok..... sampai puan yusni pun terbahak2 gelak.....

malam pertama dalam kemah mmg susah nak tido.....


hari kedua... mmg best sbb aku dan yang lain gi kembara.... ku ingat mencabar sampai tahap cipan....tp rupanya sonang bebenor....
tp senang2 pun letih gak la sampai naik bukit....

paling best gi umah 4 musim.... aku x penah masuk sbb masa 1st time aku g umah ni xde lagi....masa tu musim bunga....ku rasakan mcm berada di belanda yang terkenal dengan keindahan bunganya....

paling tidak ku lupa dengan keletah si burung kakak tua yang leh mengajuk ckp org yang berada berhampiran dengan dia.... tu yang menarik perhatian suma kwn2 ku....

ptgnya aktiviti air di mana aku n rakan2 akan belajar berenang....tp pada masa tu aku kena berjaga kemah lak..... hati ni membuak nak belaja berenang... tp berkorban gak la tuk keselamatan kawasan kemah..... saat ku belajar berenang tiba bila kumpulan yang menyediakan makanan ptg muncul dan aku pe lagi trs trn kolam la... hihihihi....1 hari nie aku blaja mengapung diri jer.... tp aku berjaya gak...pas nie leh masuk sukan olimpik la.....huhuhuhuhu......


cerita ini akan bersambung di hari lain.... =)

Tuesday, July 15, 2008

cantik, menarik kau memang ehem...

sepanjang 4 hari 3 malam banyak kenangannya..

sebelum berangkat
mcm2 masalah dan halnya...
ura2 kata x pergi BIG la, camping kat Institut perguruan je la.
tp tu suma x jd masalah padaku kerana yg penting selamat selesaikan course kpli ni dengan jayanya... insyaallah....


hari pertama
hari berangkat...
suma penuh bersemangat angkut barang masuk ke bas...
punya bsungguh2 dan dari situ pelatih yang x kenal boleh kenal...


sampai jer...
aku terkejut sbb x aspect taman pertanian cahaya seri alam tu mcm tu... coz dah lama x gi rupanya ada camp site.... suma tolong antara 1 sama lain angkat barang n diri kan kemah...
tp yg x thn nya ajk makanan la... lupa lak namanya siapa... dia 1 kapal dengan ku wong jowo... hihihihi.... pinggan n cawan simpan sendiri yer.. xde pinggan makan pakai tgn.. katanya memecah penatan rakan lain.


ptg nya
masing2 hilangkan penat... tp seperti yang di kata lecturer kat tempat tu ada banyak kera... ptg tu kera2 tu mai punya lak banyak.... sampai member aku ni si aida kena amik la biskutnya dengan kera tu... kesian.... tu la x bagi sedekah kat kwn2, kan dah di sedekah kat kera jer.... ;p huhuhuhu...








ptg nie merupakan hari sedih pada suma org..
al-maklum la kena amik handpon.... nak ngelat x leh....
nak x nak kena gak la simpan handpon tu dengan tutor... masa tu masing2 sanggap ber sms n calling2 termasuk aku....=)
paling sedih kwn aku nie... yela spjg masa msg n call jer.... maklum la kata guna plan 1+3 hehehehehe... x caya tgk nie...

betul x ckp aku... huhuhuhu......
farah jgn marah yer nnti kena jual.....;-p huhuhuhuhu....

kisah ini akan di sambung kemudian harap bsabar yer...

rakan sekursus

aku dan kawan di BIG

kenangan di BIG
























kawan2 ku sepanjang di Bina Insan Guru (BIG)

testing

testing
percubaan 1,2,3....

baru nak try wat blog so segan2 ckit.
huhuhu...
Publish Post