Thursday, October 2, 2008
Posted by PresKUL_gANg at 10/02/2008 11:07:00 AM 1 comments
Monday, September 22, 2008
BOSAN!!!
agak bosan juga duduk rumah n duit poket x masyuk pun...
diri ku yang x reti dok diam nie membuatkan aku berusaha untuk cari punca duit gak....
yang penting halal...
so hari nie tanggal 22 September 2008
aku jadi guru ganti kat sebuah sekolah di daerah tmpat aku tinggal...
mcm biasa msk tmpt baru agak janggal la sbb nak sesuaikan diri tp alhamdulillah aku terjumpa senior aku semasa sekolah menengah dulu jd aku x lah kekok...
kehadiran ku di sambut dengan baik dan dialu-alukan... aku x tahu kenapa... tp ape yang ku dgr... jd guru ganti sekolah rendah nie gaji pakai SPM je tp sek menengah gaji pakai degree... tu yang ramai x nak ngajar di sekolah rendah...
wang ringgit bukan jadi ukuran... cukuplah untuk menampung hidup ku ini sebelum aku kembali ke arena kerjaya yang sebenar disamping dapat menimba pengalaman di tempat baru.....
aku rindukan murid-murid ku di sekolah... aku pergi ke sekolah pada 19/9/08 lalu.. kehadiran ku disambut dengan kegembiraan dan tangisan anak murid yang rindukan cikgunya... hatiku sebak namun ku tahan jua... aku kesian kepada anak murid ku kerana tiada siapa yang nak mengajar mereka... namun apa kan daya... ku x mampu untuk mengajar kerana tidak mempunyai kebenaran untuk mengajar mereka... aku redha je dengan masalah yang aku hadapi ini.... bersabar la rakan-rakan ku yer... bulan 11 atau awal tahun depan baru dapat bertugas semula... mendidik anak bangsa yang berguna untuk agama, bangsa dan negara... Insyaallah
jadi buatlah aktiviti atau kerje yang berfaedah.... paling elok dan afdal luangkan masa dengan family... kerana 1thn 1/2bulan x dpat spent masa dengan family....
biarpun kita ada masalah... kita kena tenang dan sentiasa senyum2 selalu.... smile always....=)
Posted by PresKUL_gANg at 9/22/2008 12:51:00 PM 3 comments
Saturday, September 20, 2008
KeNaNGaN TeRiNDAh
ha... abang tommy tomoi kita si rozaimi... daya penarik di dalam kelas ku.... mula2 kenal slow jer bila dah kenal... perangai subhanallah....
dan member yang lain tidak lupa juga... bg kerjasama yang bagus antara 1 sama lain....
terima kasih semua... panjang umur kita jumpa lagi... nnti ku cuba set waktu tuk kita berjumpa lagi...
Posted by PresKUL_gANg at 9/20/2008 01:16:00 PM 0 comments
BTN dah abis
Posted by PresKUL_gANg at 9/20/2008 01:02:00 PM 0 comments
KeNaNGan kU
Tanggal 7 September 2008
pastu kami terus blk IPBMM... sebelum tu singgah makan kat pantai dalam... makan bersama k.ju n k.nani.... makan tom yam... pergh.... rasanya le terangkat aku..... mmg sedap... alhamdulillah....
mmg seronok kuar dengan kwn2 nie... mcm2 kerenah kita le tgk pasal kwn kita nie.....
so dalam hidup mesti berkwn k.... Kita Enjoy.... =)
Posted by PresKUL_gANg at 9/20/2008 07:49:00 AM 0 comments
Sunday, September 7, 2008
Menyemai sifat positif pelajar
Posted by PresKUL_gANg at 9/07/2008 02:57:00 AM 0 comments
Esok baru cabut
Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang... ! Macam mana ni bang..?"
Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".
MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu
Posted by PresKUL_gANg at 9/07/2008 12:50:00 AM 0 comments